Nusatara Kaya Akan Segalanya

Senin, Januari 25

PERANG BUGIS (SELANGOR)-BELANDA (1784-1786)

 Oleh kerana terlalu marah kepada Sultan Ibrahim ibni Sultan Salehuddin (Raja Lumu) ibni Daeng Chelak kerana memberi bantuan ketenteraan kepada Raja Haji Fisabilillah (Marhum Teluk Ketapang) ibni Daeng Chelak maka Belanda telah bertindak untuk serang kubu Sultan Ibrahim di Kuala Selangor atau lebih tepatnya terletak di Bukit Malawati. Sebab lain serangan itu dibuat adalah untuk menamatkan ancaman ekonomi dan kuasa Selangor yang kian membangun di wilayah Selat Melaka yang sememangnya memberi persaingan kepada Belanda.

Tanggal 13 Julai 1784, serangan dari Belanda yang diketuai oleh Laksamana Jacob Peter Van Braam itu bergerak dari Melaka dengan 11 buah kapal perang. Belanda juga mendapat bantuan dari angkatan tentera dari Siak yang diketuai oleh Raja Muhammad Ali yang sememangnya bermusuhan dengan orang-orang bugis secara tradisi.

Angkatan tentera Belanda membedil Kuala Selangor dengan dahsyat dan memberi tempuran yang sengit kepada tentera-tentera Selangor dari arah Sungai Selangor dan dibalas oleh meriam-meriam askar-askar Sultan Ibrahim di kubu. Angkatan tentera Selangor diketuai oleh panglima perangnya yang bernama Saiyid Jaafar. Perang yang amat hebat antara dua pihak ini berlangsung selama 2 minggu.

Akhirnya pada 2 ogos 1784, Belanda berjaya menawan Kuala Selangor dan sekaligus dapat menawan kubu utama orang-orang Selangor iaitu Bukit Melawati. Sultan Ibrahim bersama 300 orang tentera dan pengikutnya terpaksa berundur sehingga ke Pahang dan disitu baginda disambut baik oleh Bendahara Abd Majid.

Setelah Belanda berjaya menawan Bukit Melawati, mereka menghancurkan kubu disitu dan membina kubu yang baru yang menampakkan ciri-ciri kubu Belanda. Kubu yang baru itu diberi nama Fort Altingsburg (sempena nama Gabenor-Jeneral Belanda) dan Fort Utrecht (sempena nama kapal perang Belanda).

Selain itu Belanda telah melantik Raja Muhammad Ali sebagai 'sultan' Selangor yang baru. Tak lama kemudian Raja Muhammad Ali telah pulang ke Siak dan tempatnya diambil oleh anak saudaranya yang bernama Saiyid Ali yang mengiktiraf dirinya sendiri sebagai 'sultan' .

Rakyat-rakyat Selangor tak iktiraf beliau sebagai raja mereka kerana atas jati diri yang kuat sebagai orang Bugis dan penerimaan daulat Sultan Ibrahim sebagai wangsa Bugis sebagai waris yang sah. Belanda cuba memujuk sekalian rakyat Selangor untuk menerima raja dari Siak itu namun gagal sekaligus menunjukkan penolakan unsur kepimpinan yang non-Bugis dan menunjukkan sikap anti-Belanda.

Sementara itu di Pahang, Sultan Ibrahim telah mengatur strategi selama setahun untuk kembali merampas Bukit Malawati dari tangan Belanda. Bendahara Abd Majid telah menyediakan dan memberi sumbangan kelengkapan untuk berperang. Maka pada tahun 1785, Sultan Ibrahim bersama orang-orang Pahang seramai 2000 orang bertolak dari Pahang menuju ke Bukit Malawati untuk membuat serangan. Di tengah perjalanan, Sultan Ibrahim telah singgah di Permatang dan berjumpa dengan Punggawa Permatang untuk mendapatkan bantuan supaya tentera-tenteranya lebih kukuh untuk melawan Belanda.

Pada 27 Jun 1785, serangan telah dilancarkan di Bukit Malawati pada waktu malam dengan secara mengejut. Sultan Ibrahim yang sememangnya dikenali sebagai seorang yang agresif bersesuaian dengan jati diri anak Bugis telah melawan habis-habisan pada malam itu. Keris, lembing, tombak serta pemuras dan senapang digunakan sebaik mungkin untuk menewaskan orang-orang Belanda. Akhirnya tentera-tentera Belanda telah berundur dan melarikan diri dengan menaiki kapal pulang ke Melaka. Sultan Ibrahim kembali bertakhta setelah setahun meninggalkan negeri.

Susulan dari itu, sekali lagi Laksamana Jacob Peter Van Braam pergi ke Kuala Selangor dengan angkatan yang lebih besar iaitu sebanyak 17 bauh kapal perang. Tapi kali ini tiada serangan dibuat hanya pengepungan dilakukan. Pengepungan di sekeliling Sungai Selangor ini dilancarkan pada julai 1785. Maka beras dan lain-lain barang keperluan di Selangor telah naik harga dek kerana pengepungan tersebut. Dan ini telah mendatangkan kesusahan kepada rakyat-rakyat Selangor.

Setelah selama setahun Kuala Selangor dikepung maka pada 29 Jun 1786, Sultan Ibrahim dengan Belanda telah berdamai apabila beberapa faktor diambil kira dengan menandatangani sebuah perjanjian. Antara syarat-syarat perjanjian ialah :
1)Selangor akan jual hasil timah kepada Belanda.
2) Sultan Ibrahim terpaksa akui kuasa Belanda.
3) Belanda iktiraf Sultan Ibrahim sebagai raja pemerintah.

Gambar : Bukit Melawati yang terkini (meriam-meriam peninggalan VOC Belanda)

Sumber :
- Sejarah Selangor (Buyong Adil)
- Selangor, Sejarah dan Proses Pembangunannya (Adnan Hj Awang & Mohd Fadzil Othman)
- Tuhfat Al-Nafis (Raja Ali Haji)

Kredit : Sdr.Irham Aqil Zulkifli
Share:

1 komentar:

  1. Watch III - Samsung Galaxy Watch 3 Titanium - TITIAN GAMES
    The titanium grey new version of the Watch 3 Titanium was made titanium hip using titanium piercing jewelry the original SEGA Mega Drive with an 8-bit audio processor. The processor runs on the  Rating: 4.8 · ‎19 micro touch hair trimmer reviews raft titanium · ‎£39.00 · ‎In stock

    BalasHapus

Pengikut